| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Y. Bhg Dato' Alwi Bin Hj Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Ke Penjara Tawau

18 April 2013, Tawau - Institusi Penjara Tawau, Sabah telah menerima Lawatan Kerja Y. Bhg. Dato' Alwi bin Hj Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Keselamatan bersama pegawai-pegawai kanan KDN bagi Membuat Pemeriksaan Sistem Kawalan Keselamatan dan Pengurusan Banduan SOSMA. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Y. Bhg. Dato' Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Y. Bhg Dato' Hj Awang Din bin Husain, Setiausaha Bhg. Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Pn. Habsah Binti Mat Sidek, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Anti Dadah dan Pertahanan Awam KDN, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pegawai-Pegawai daripada KDN. Ketibaan Y. Bhg. Dato' Alwi bin Hj Ibrahim dan rombongan telah disambut oleh PKK Suria bin Hj Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah, PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau serta kakitangan. Rombongan seterusnya diberi taklimat mengenai Pengurusan Banduan SOSMA oleh PKP Sazali bin Ismail dan rombongan seterusnya melawat blok-blok penempatan.

 

 

""