Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di Gelanggang Petanque Majlis Perbandaran Batu Pahat,Johor. Kejohanan yang diadakan pada 19 hingga 21 April 2013 dimeriahkan dengan penyertaan 20 kontijen daripada seluruh institusi negeri termasuk Sarawak. Kontijen Johor B telah menjadi juara bagi acara berpasukan manakala bagi acara terbuka lelaki diungguli oleh pasukan Kedah B dan Pahang A bagi kategori bergu wanita. Majlis perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia.
Kategori | Keputusan |
Berpasukan |
Johor A - Johan |
Terbuka Lelaki | Kedah B - Johan Johor B - Naib Johan Johor B - Ketiga Bersama Kelantan A - Ketiga Bersama |
Terbuka Wanita | Pahang A - Johan Pahang A - Naib Johan Johor C - Ketiga Bersama Selangor C - Ketiga Bersama |
""