Pada 28 April 2013 Penjara Pengkalan Chepa Kelantan amat berbesar hati menerima lawatan rasmi dari YBhg Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara bersama Y Bhg. Datin Sri Hajjah Noraini bt Hj. Man. Turut mengiringi ialah YBhg. Dato' Mohd Sakeri bin Hj. Dollah, PKK Ariffin bin Mohd Noor dan PP Kamaruddin bin Jantan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Ketibaan Y.Bhg. Dato' Sri dan Datin Sri pada jam 9.00 pagi di Penjara Pengkalan Chepa telah disambut oleh PKP Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan Isteri, PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah PPA Machang dan Isteri, PP. Mat bin Yaacob Pengarah Parol Negeri Kelantan dan Isteri serta Pegawai- Pegawai Kanan Penjara Pengkalan Chepa.
Y.Bhg. Dato' Sri dan rombongan telah dibawa melawat Bengkel Pastri Blok Wanita. Taklimat operasi bengkel telah disampaikan oleh TPP. Rosliza bt Ishak PYM Blok Wanita. Y.Bhg Dato' Sri seterusnya melawat Bengkel Batik dan Songket.
""