Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Koreksional Dungun telah diadakan pada 16 September 2012 (Ahad) bersamaan 29 Syawal 1433H bertempat di Perkarangan Unit Kenderaan Pusat Koreksional Dungun, Terengganu. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran kakitangan-kakitangan Pusat Koreksional Dungun dan keluarga. Dalam majlis tersebut Pengarah Pusat Koreksional Dungun, PKP S.Gunasegaran a/l Shammugam telah menyampaikan hamper kepada pemenang-pemenang pertandingan karaoke raya serta cabutan bertuah. Majlis diakhiri dengan sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan.
""