| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Seminar Jenayah Syariah D'Penjara

25 September 2012 Unit Agama telah mengadakan satu program  Seminar Jenayah Syariah D'Penjara. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Jelebu dengan kerjasama Unit Agama Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang yang dihadari seramai 147 penghuni dan 10 kakitangan. Timbalan Mufti Negeri Sembilan Tuan Haji Nor Azamir b. Alias turut hadir untuk memberikan ceramah yang bertajuk 'Gejala Murtad Dan Kesannya'. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan  kepada penghuni khususnya berkaitan dengan Enakmen Jenayah Syariah yang ada di Malaysia di samping memberi garis panduan dan kesedaran kepada peserta seminar dalam membentuk akidah yang baik. PKP Anathurai a/l Kalimuthu turut hadir dalam majlis  perasmian penutup yang disempurnakan oleh ustaz Rozimi b. Zamri Pegawai Agama Daerah Jelebu.

 

""