| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Merdeka Raya Peringkat Penjara Negeri Sabah

Pada 17 September 2012 (Isnin) telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Merdeka Raya Peringkat Institusi Penjara Negeri Sabah yang telah diadakan di Penjara Tawau.  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YBhg. TKJP Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional) Antara tetamu yang turut hadir adalah KPj Jamaludin bin Saad, Datuk Victor Rajasekran Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Penjara Tawau, TKPj Kushairi bin Manap,Ketua-ketua jabatan dan ketibaan YBhg. TKJP Dato' Hj. Hassan bin Sakimon disambut oleh PKK Suria Hj Idris, Pengarah Penjara Sabah, PKP Sazali Ismail Pengarah Penjara Tawau berserta Ketua-Ketua Institusi Penjara Sabah. Majlis telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh kakitangan Penjara Tawau dan wakil PERSIAP Tawau, selain itu turut diadakan pertandingan Pakaian Beragam Merdeka Raya Kanak-Kanak, cabutan bertuah dan pertandingan Gerai Tercantik. Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan.

 

""