Bintulu, 16 September 2012, Yang Berbahagi Dato' Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah membuat lawatan ke tapak Penjara Baru Bintulu. Turut serta dalam lawatan tersebut Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Y.S Tuan Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Pengarah Pembangunan dan Perolehan Puan Kamariah binti Mohd Noah, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Abd. Kadir bin Rais serta ketua-ketua jabatan Kementerian Dalam Negeri, Negeri Sarawak.
Dalam lawatan tersebut juga YBhg. Dato' KSU serta rombongan telah diberi taklimat oleh pihak kontraktor utama mengenai prestasi projek penjara tersebut. Selesai sahaja lawatan tersebut, para rombongan telah diraikan dalam satu Majlis Makan Tengahari yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak. Manakala sebelah malamnya pula, YBhg. Dato' KSU, YBhg. Datuk Wira serta pegawai-pegawai yang lain telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak bertempat di kawasan Lapangan Terbang Lama Bintulu.
""