Lawatan telah diadakan oleh TKPj Dato' Mohd. Sakeri Bin Hj. Dollah Ketua Seksyen Vokasional Dan Industri (Pengurusan Banduan) IPPM, turut disertai oleh TPP.Mohd. Daud bin Idris dan SP Abd. Ghani bin Hj. Kassim ke bengkel-bengkel Pusat koreksional Labuan pada 17 Oktober 2012. Lokasi yang telah dilawati adalah seperti Bengkel Dobi,Bengkel Jahit, Bengkel Dapur, kawasan pertanian, blok penempatan lelaki / wanita serta lawatan ke pejabat pentadbiran dalam dan luar institusi. Sejurus lawatan ke bengkel-bengkel satu mesyuarat telah diadakan bersama-sama dengan PYM Pusat Koreksional Labuan TPP Muhammad Khalid bin Muhammad serta anggota / kakitangan yang bertugas di bengkel-bengkel berkaitan Agenda mesyuarat yang dibincangkan antara lainnya adalah berkenaan pengurusan bengkel dan perusahaan serta perancangan jangkamasa panjang khususnya pasaran luar bagi bengkel-bengkel yang diwujudkan.
""