Institut Koreksional Malaysia,19 Oktober 2012 (Jumaat), Majlis Penutupan Dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak bermula dari 30 September Hingga 19 Oktober 2012 telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini Binti Hj.Man.Hadir bersama Naib Yang Dipertua PERSIAP Y.Bhg Datin Shakimah Binti Abdullah, PKK Jamilah Binti Abu Hasan Timbalan Pengarah Pembangunan Profesionalisme, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Pn Rosnah Binti Hj.Awaludin,Pengerusi PERSIAP IKoM dan PP Mohd Rothman Bin Bujang Komandan IKoM. Kursus yang dihadiri oleh seramai 24 orang peserta ini adalah dibawah pengendalian Idaman Learning Network dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat,Cawangan Melaka. Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan mengenai asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna ke arah melahirkan generasi masa depan yang bijak, kreatif, cekal, yakin dan penyayang.
""