Pada 19 Oktober 2012 (Jumaat), Pengarah Penjara Taiping PKK Shukri serta Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kotinjen Ipoh Perak bertemu dengan Ketua Polis Perak Dato' Mohd Shukri Bin Dahlan. Turut hadir ialah Pengarah Penjara Tapah, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Pengarah Kem Tahanan Perlindungan Kamunting, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara dan Pengarah Parol Perak. Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk mengenali dan merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara Jabatan Penjara Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia khususnya PDRM Perak.
""