Khamis, 18 Oktober 2012, Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pejabat Perikanan Daerah Temerloh, Pahang untuk mempelajari teknik-teknik menternak ikan air tawar dalam sangkar. Lawatan ini terdiri daripada 13 anggota diketuai oleh Pengarah PKP Mohamad Bin Ismail dan 2 pegawai kanan. Taklimat teknik menternak ikan air tawar dalam sangkar disampaikan oleh Pegawai Perikanan daerah Temerloh, En Harris. Selepas itu rombongan dibawa melawat ke bengkel membuat sangkar dan pusat ternakan ikan air tawar dalam sangkar di pesisir Sungai Pahang.
""