Forum Perdana Ehwal Islam ini telah berlangsung pada 22 Oktober 2012. Program yang telah berjaya dilaksanakan ini adalah hasil usaha dan kerjasama yang padu di antara pihak institusi dengan Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Program yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang penghuni ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Penguasa Penjara Mohd Marzuki bin Ibrahim yang mewakili Pengarah, PKP Mohd Roslen bin Ramli. Forum Perdana dengan kupasan tajuk "Kesederhanaan Dalam Mencari Redha-Mu" telah disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu Yang Berbahagia Ust. Azmi bin Ahmad, Pensyarah Kolej Islam Darul Ridzuan Dan Yang Berbahagia Ust. Mohd Halim bin Hassan, seorang penceramah bebas manakala 'Moderator'nya ialah Yang Berbahagia Ust. Burhanuddin bin Mat Zain, Pegawai Agama BAKA, Daerah Grik. Turut hadir dalam program ini adalah Timbalan Pengarah Penjara Taiping, PKP Hj Turidi bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah (JAKIM), Pegawai dari Majlis Agama Islam Perak, Pegawai-Pegawai Kanan serta kakitangan institusi.
""