23 Oktober 2012 - Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Kakitangan Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN), Taiping telah bermula seawal jam 7.15 pagi bertemakan "SAYANGI ANUGERAH TUHAN". Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang telah dikendalikan oleh SJN Zuhairi b. Mohd Razalli di Padang Kawad PULAPEN. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan seramai 40 orang dan diserikan dengan kehadiran PP Shariff b. Masri, Komadan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping, TPP Nordin b, Hj Jusoh, Timbalan Komandan Pengurusan dan TPP Ismawi b. Ismail, Timbalan Komandan Latihan serta pegawai kanan. Majlis juga diselitkan dengan sesi ceramah bertajuk "STRESS DAN CARA MENANGANI DALAM ORGANISASI" yang telah disampaikan oleh Dr. Norsihimah bt. Wahid dari Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang & Selama, Perak. Para peserta berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan menggunakan Thermo Stress Card (Alat Mengukur Stress) bagi mengukur tahap stress kakitangan. Selain itu edaran Borang DASS 21 juga dijalankan ke atas kakitangan bagi mengenalpasti daya tindak dan personaliti seseorang. Selain itu, di ruang legar Dato' Sagor turut diadakan informasi kesihatan berkaitan HIV dan Kesan Terhadap Merokok.
""