24 Oktober 2012 ? Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Program Kempen Gaya Hidup Sihat peringkat penghuni. Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai cara terbaik kearah gaya hidup sihat seperti mengurangkan pengambilan gula dan makanan berminyak serta tidak melibatkan diri dengan pengambilan dadah Selari dengan tema "Sayangi Anugerah Tuhan".
Program ini mendapat kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah dengan penglibatan seramai 150 penghuni bermula dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh WP Cik Noor?azah bte Kasmuri . Ceramah bertajuk "Penyakit berjangkit HIV/AIDS,Penyakit berjangkit Tibi dan Penyediaan Makanan yang Sihat" telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan Persekitaran Puan Norhaslina bte Ahmad yang dibantu oleh En Abdul Haiy bin Amer dan Puan salwa bte Mat Kassim.
Perasmian penutupan program ini telah disempurnakan oleh TPP Yusni bin Habibullah yang turut menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan.
Acara diakhiri dengan sesi penerangan pameran kepada penghuni-penghuni yang di seliakan oleh Pejabat Kesihatan dan AADK Daerah Melaka tengah.
""