Gemas , 27.10.2012 - Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajudin Gemas dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia telah mengadakan ibadah Qurban sebanyak dua ekor lembu. Program yang julung kali diadakan ini adalah hasil sumbangan daripada (14) Orang DiSelia (ODS) melalui potongan gaji yang dimanfaatkan daripada Program Pemulihan Pemasyarakatan. Proses asimilasi "Memasyarakatkan Banduan" melalui penglibatan ODS dengan orang awam perlu di pelbagaikan seperti ibadah Qurban yang turut disertai oleh ahli keluarga mereka. Menurut Pegawai Yang Menjaga TPP Wan Rosli Bin Dollah, ODS di sini wajar diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki kesilapan yang lampau.
""