| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kecemerlangan Pelajar SPM Sekolah Integriti Kluang Tahun 2012

Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, Sekolah Integriti Penjara Kluang, telah berlangsung satu program iaitu "Program Kecemerlangan Pelajar SPM"  melibatkan 13 orang pelajar (SPM) dan pelajar (Pra SPM) Sekolah Integriti Kluang. Program ini telah berlangsung selama 4 hari bermula pada 15 Oktober 2012 (Isnin) dan berakhir pada 18 Oktober 2012 (Khamis). Beberapa guru-guru cemerlang dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Kluang telah dijemput bagi menyampaikan ceramah serta taklimat tentang teknik-teknik menjawab soalan SPM dengan betul.


Program ini merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Bengkel ini dijalankan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar dan juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan Sekolah Integriti dalam bidang akademik.


Program ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan SPM. Selain itu, memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan di samping mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan SPM. Program seumpama ini amat bernilai kerana para pelajar dapat mengetahui teknik-teknik yang berkesan dalam menjawab soalan. Selain itu, bengkel tersebut juga menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap pelajar di sekolah ini.  Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

 

""