Jumaat, 19 Oktober 2012 bersamaan 24 Zulkaedah 1433H - Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, Sekolah Integriti Penjara Kluang, telah berlangsung satu program iaitu "Program Pohon Restu Kasih" melibatkan 9 orang pelajar (SPM) dan 21 orang pelajar (Pra SPM) Sekolah Integriti Kluang.
"Program Pohon Restu Kasih" ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa orang tetamu jemputan khas. Antaranya ialah PKK Mat Rasid bin Jahlil (Pengarah Penjara Kluang), TPP Mahadzair bin Che Daud (Ketua Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang), Turut hadir dalam program tersebut adalah Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kluang (PPD) iaitu Tn. Hj. A. Manaf bin Muslimin bersama isteri serta Pegawai Unit Pengurusan Sekolah, En. Hamzah bin Hamdan. Tidak ketinggalan juga ibu bapa pelajar-pelajar SPM seramai 9 orang yang dijemput khas bagi sama-sama memeriahkan program tersebut.
Program kali ini telah diisi dengan beberapa pengisian. Antaranya adalah Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat Berjemaah seterusnya diikuti dengan Ceramah Motivasi yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ali bin Dalail (SMK Jalan Mengkibol) dengan ceramah yang bertajuk "Restu Kasih".
Penganjuran program ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar SPM untuk memohon restu daripada ibu bapa sebelum menghadapi peperiksaan SPM 2012. Insyallah restu daripada ibu bapa dapat membantu pelajar-pelajar SPM ini berjaya dalam peperiksaan SPM dan seterusnya kehidupan mereka kelak. Objektif program ini adalah untuk memohon restu daripada ibu bapa supaya pelajar-pelajar dapat menduduki dan menjalani peperiksaan SPM dengan jayanya.
""