Ahad, 28 Oktober 2012, Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Aidiladha bagi perjumpaan bersemuka. Seramai 20 penghuni telah dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan dan dianggarkan 100 keluarga penghuni terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Majlis ini dirasmikan oleh PKP Anathurai a/l Kalimuthu Pengarah, Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu. Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan suasana seperti nasyid, bacaan sajak ,aku janji penghuni pada orang yang tersayang dan ucapan oleh keluarga penghuni. Majlis diakhiri dengan temu mesra pengarah bersama dengan keluarga penghuni.
""