05 November 2012 - Penjara Negeri Sabah telah diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi menjadi tuan rumah pada Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke 7 bagi Tahun 2012 yang telah berlangsung pada 02 hingga 05 November 2012.
Kejohanan yang telah disertai oleh 18 buah pasukan telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Penjara Kota Kinabalu, Sabah. Antara acara yang dipertandingkan ialah Acara Berpasukan (Lelaki) , Acara Perseorangan Terbuka (Lelaki) , Acara Perseorangan Terbuka (Wanita) , Acara Bergu Terbuka (Lelaki) dan Acara Bergu VIP. Acara bagi Bergu VIP dimana turut disertai oleh Yang Berbahagia Dato' Sri, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua Institusi dan pegawai kanan.
Majlis makan malam Kejohanan Ping Pong telah diadakan di Dataran Suang Hamin, Ibu Pejabat Penjara Sabah telah disempurnakan oleh PKK Suria Bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke 7 bagi Tahun 2012.
Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan pula telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bertempat di Dewan Mini, Penjara Pusat Kota Kinabalu. Sebelum memulakan aturcara penyampaian hadiah, beliau bersama dif-dif jemputan serta peserta kejohanan sempat menyaksikan pertandingan akhir acara bagi kategori Perseorangan Terbuka (Lelaki) , acara Bergu Terbuka (Lelaki) dan acara Bergu VIP.
Keputusan bagi acara-acara yang dipertandingkan pada Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia kali ke 7 tahun 2012 seperti berikut:-
1.Acara Bergu VIP
Johan ? PKP Rosdi Bin Ahmad / TPP Nazri Bin Mohammad (Kelantan ?A?)
Naib Johan ? TKPj Nor Afifi Bin Sulong / PP Rahmat Bin Abd Rani (Melaka)
Ketiga ? YBhg. KJP Dato? Sri Hj. Zulkifli Bin Omar / En. Mat Hassan bin Mat Esa (Selangor ?C?)
? PKK Kamarudzaman Bin Hj. Mamat / TPP Ahmad Kamaruddin Bin Yaacob (P.Pinang)
2.Acara Perseorangan Terbuka (Wanita)
Johan ? Naterah Binti Abdullah (Selangor ?C?)
Naib Johan ? Nazirah Binti Abdul Ghani (Selangor ?C?)
Ketiga ? Nassibah Binti Shafiee (Kelantan ?A?)
? Amrina Binti Ismail (Selangor ?C?)
3.Acara Perseorangan Terbuka (Lelaki)
Johan ? Mohd Salim Bin Sajak ( N. Sembilan )
Naib Johan ? Abd. Karim Bin Mohamad (Johor ?B?)
Ketiga ? Romeo Jeylus (Sabah)
? Mahadi Bin Draman (N. Sembilan)
4. Acara Bergu Terbuka (Lelaki)
Johan - Halim B. Ibrahim / Mohamad B. Talib (Selangor ?C?)
Naib Johan - Nazaruddin / Zolkarnain Bin Osman (N. Sembilan)
Ketiga ? Mohd Kamal Bin Supardi / Mohamad Sabri Bin Mat Noor (N. Sembilan) ? Mazlan B. Hanafiah / Rosly B. Ibrahim (Perak ?A?)
5. Acara Berpasukan (Lelaki)
Johan - Negeri Sembilan
Naib Johan - Selangor ?C?
Ketiga - Kelantan ?A? - Selangor ?B?
""