| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berkhatan Anak-Anak Kakitangan Penjara Alor Setar, Kedah

20 November 2012, Penjara Alor Setar telah mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai anak-anak kakitangan bertempat di Surau Kakitangan. Majlis ini berlangsung dalam suasana cukup meriah dan merupakan julung-julung kalinya diadakan bagi memenuhi permintaan kakitangan serta bertepatan dengan musim cuti sekolah. Seramai 14 orang peserta yang berusia di antara 5 dan 8 tahun berkumpul bersama keluarga masing-masing seawal jam 8 pagi. Turut hadir ialah PKP Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Alor Setar dan Puan Che Murni binti. Che Cob, Pengerusi PERSIAP Penjara Alor Setar. Tuan pengarah juga telah sudi menyampaikan saguhati kepada para peserta.

 

""