Pusat Koreksional Labuan telah mengadakan sambutan Hari Jabatan Penjara kali ke 163 pada 6 November 2012. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bermula dengan Perbarisan Hari Penjara yang telah disempurnakan oleh TPP Muhammad Khalid bin Muhammad, PYM Pusat Koreksional Labuan . Pengisian lain antaranya ceramah integriti daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kempen Derma Darah kelolaan Hospital Nukleus Labuan dan aktiviti sukan seperti perlawanan Bola Tampar, Futsal dan Sepak Takraw.
""