Pada 19 & 20 November 2012 bertempat di Telok Batik Resort, Lumut Perak telah berlansung Seminar Kenegaraan Dan Perlembagaan Negara. Seminar tersebut dianjurkan oleh Penjara Taiping dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Antara Institusi yang terlibat adalah Penjara Tapah, Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping ( PULAPEN ), Parol Negeri Perak dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Taiping.
Majlis turut di hadiri oleh PP Hj. Turedy Bin Hj. Abdullah, Timbalan Pengarah Penjara Taiping, En. Abdul Rahim Bin Abdul Karim, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak dan En. Khairul Amin Timbalan Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak untuk merasmikan Majlis penutupan Seminar tersebut. En. Idris Bin Ishak dari Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang menyampaikan taklimat berkaitan isu-isu semasa dan terkini tentang keselamatan Negara.
""