| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Deepavali 2012, Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam

Pada 24 November 2012 (Sabtu), Penjara/Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam telah mengadakan Program Jalinan Kasih sempena Sambutan Hari Deepavali 2012,  bertempat di Hadapan Pejabat Rekod Tahanan.  Program perjumpaan bersemuka bersama ahli keluarga ini  telah melibatkan seramai 16 orang penghuni yang terpilih (8 Tahanan LLPK dan 8 Banduan).  PP Nor Haizan b. Md. Isa selaku wakil  Pengarah Penjara/PPA Simpang Renggam telah sudi untuk hadir menyempurnakan majlis tersebut diiringi oleh TPP Sugumaran.


Majlis bermula pada jam 10.00 pagi di mana penghuni terlibat telah diserahkan kepada keluarga masing-masing diikuti penyerahan Kad Ucapan kepada keluarga. Majlis telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian secara berkumpulan oleh tahanan LLPK. Menerusi pendekatan ini, ianya dapat memberi peluang kepada penghuni untuk berjumpa  bagi melepaskan perasaan rindu terhadap keluarga dan merasai sendiri sambutan Deepavali bersama keluarga. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga, diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk berubah serta menjadi insan yang berguna apabila dibebaskan kelak.

 

""