Pada 5 November 2012 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-163 peringkat Institusi Penjara Penjara Reman Pulau Pinang dan telah disempurnakan oleh PKP Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan anggota dan kakitangan,nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Malaysia Inovatif serta bacaan lafaz ikrar yang diketuai oleh oleh TPP Shirley A/K Jungot . Seterusnya Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang telah membacakan teks ucapan perutusan Komisioner Jeneral Penjara. Dalam majlis yang penuh bermakna tersebut , seramai 42 orang penerima-penerima pingat dan sijil jabatan iaitu Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 18 orang, Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) 3 orang, Pingat Ketua Pengarah Penjara (Gangsa) 1 orang, Pingat Setia Penjara (PSP) 1 orang, Pingat Cemerlang Penjara (PCP) 1 orang, Pingat Pekerti Penjara (PPP) 5 orang, Pingat Bakti Penjara (PBP) 5 orang, Pingat Am Penjara (PAP) 10 orang, dan Sijil Penghargaan 4 orang. Selepas upacara penyampaian Pingat kepada semua kakitangan dan anggota, majlis diteruskan dengan pembakaran artikel larangan oleh pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Setelah selesai acara pembakaran artikel larangan, diadakan pula bacaan doa selamat. Selain daripada itu, pada jam 10.00 pagi telah diadakan Kempen Menderma Darah bersama Tabung Darah Hospital Pulau Pinang sempena sambutan Hari Penjara ke-163 Peringkat Institusi Penjara Reman Pulau Pinang yang disertai oleh kakitangan dan anggota Penjara Reman Pulau Pinang. Sempena sambutan Hari Penjara Peringkat Institusi, telah diadakan juga Konvoi Motosikal berkuasa tinggi ke Teluk Batik, Perak iaitu pada 2 November 2012. Seterusnya, pada 3 November 2012 telah diadakan Pertandingan Boling Kakitangan di mana PKP Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.
""