Pada 24 November 2012, Institusi Penjara Tawau telah mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai anak-anak kakitangan bertempat di Rumah Rehat Penjara Tawau. Turut hadir dalam majlis ini ialah PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau dan Pn. Noorasliza binti Abdul Aziz, Pengerusi PERSIAP Tawau. Seramai 11 orang peserta terlibat dan majlis ini bermula seawal jam 8 pagi. Majlis telah berlangsung dalam suasana meriah dan PKP Sazali bin Ismail juga telah sudi menyampaikan hadiah saguhati kepada para peserta yang mengambil bahagian.
""