23 November 2012, Sempena dengan Bulan Muharram yang mulia, Bahagian Pembangunan Profesionalisme Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah mengatur Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434 Hijriah yang telah diadakan di Surau Al-Falah IPPM. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Komisioner Jeneral Penjara Yg. Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Y. Setia Tuan Wan Abdul Rahman bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan dan warga IPPM. Atur cara majlis adalah Bacaan Yassin, Tahlil, Doa Selamat, Ceramah yang telah di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Noh bin Wan Hamat Guru Taranum Al-Quran Sek. Men. Agama Persekutuan, Kajang.
Pengisian majlis tersebut juga adalah gotong-royong membuat Bubur Asyura yang bermula pada jam 7.00 pagidan telah disertai oleh wakil-wakil daripada bahagian IPPM. Yg. Bhg. Dato' Sri Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah sudi bersama-sama dengan warga IPPM mengacau Bubur Asyura pada hari tersebut.
""