| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Rumah Perantaraan Negeri Perak

Pada  23 November 2012 Rumah Perantaraan Negeri Perak, Jabatan Penjara Malaysia telah dirasmikan oleh YB. Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertempat di No.708-708A, Jalan Raja Doktor Nazrin Shah, Taman Chandan Desa 31300 Simpang Pulai, Perak. Rumah Perantaraan ini telah mula beroperasi pada 13 Ogos 2012 dan dibantu oleh 3 orang Penyelia yang dilantik oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi membantu menguruskan penghuni Rumah Perantaraan.


Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg.KJP Dato' Sri Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. KPj. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, Dr. Waitchalla a/p R.R.V Suppiah, SUB Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) KDN, Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Zon Utara dan Pengarah-Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Zon Tengah dan Utara. Seramai 500 jemputan hadir dalam majlis ini yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Agensi KDN, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, wakil-wakil NGO dan majikan-majikan penghuni Rumah Perantaraan serta kakitangan institusi penjara zon utara. Majlis diserikan dengan persembahan tarian singa oleh Persatuan Chin Woo, Ipoh. YB. sudi menyampaikan sijil dan cenderahati kepada majikan dan NGO yang terlibat dalam membantu penghuni Rumah Perantaraan dan ODP Negeri Perak. YB. turut meluangkan masa melawat booth pameran yang disertai oleh Bahagian NKRA KDN, PPN Perak, JPAM dan AADK.

 

""