Marang 27 November 2012 : Telah berlangsung satu Majlis Penutupan Kawad Kaki, Tangan Emas Dan Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Integriti Dan Henry Gurney 2012 yang telah disempurnakan oleh KPj Jamaludin bin Saad Pengarah Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Turtu hadir dalam majlis tersebut KPj Hj Abdul Wahab bin Hj Kassim Pengarah Penjara Kajang, PKK Osman bin Ahmad Bahagian Keselamatan dan Inteligen IPPM, PKP Hamzani bin Che Berahim Pengarah Penjara Marang Serta Pengarah-Pengarah dan Penyelia Sekolah Integriti dan Henry Gurney, Pengarah-Pengarah Instititusi Zon Timur serta Kakitangan Penjara Marang, Pusat Koreksional Dungun dan Parol Terengganu. Johan bagi kategori Kawad Kaki dan Tangan Emas dimenangi oleh Sekolah Integriti Marang.
Dalam Majlis itu juga KPj Jamaluddin bin Saad membuat Pelancaran Gelombang Kedamian Satu KDN dan Tabung Gaza Zon Timur Jabatan Penjara Malaysia dan telah memperolehi kutipan sebanyak RM 1300.00.
KPj Jamaluddin bin Saad juga merasmikan Makmal Komputer Sekolah Integriti Marang serta melawat Gerai Pameran Hasil Pertandingan Tangan Emas sambil diiringi oleh tetamu serta jemputan yang hadir.
""