Konvensyen KIK Zon Utara telah berlansung selama 3 hari iaitu dari 14 - 16 Mei 2012 bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani. Penjara Seberang Perai telah diberi kepercayaan sebagai pengelola bagi konvensyen ini. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pengurusan dan Teknikal. Sebanyak 9 kumpulan dari institusi zon utara iaitu Pusat Koreksional Perlis, Akademi Koreksional Langkawi, Penjara Alor Setar, Penjara Pokok Sena, Penjara Reman Pulau Pinang, Penjara Seberang Perai, Penjara Taiping dan Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping, Perak telah mengambil bahagian dalam konvensyen ini.
Pemenang bagi kategori pengurusan adalah Kumpulan Mahagony dari Akademi Koreksional dengan Tajuk "Kaedah Pendaftaran Dan Penginapan Peserta Kursus Kurang Efektif". Pemenang bagi kategori teknikal pula adalah Kumpulan Pride dari Penjara Pokok Sena dengan Tajuk "Peningkatan Takungan Air Sisa Di Bengkel".
Panel Juri adalah terdiri daripada Encik Lokman bin Wan Mat Daud daripada Human Resource Management COB Main Building, Universiti Utara Malaysia, Cik Nohasimah binti Ibrahim dari Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara dan Puan Habibah binti Samsudin dari INTAN Wilayah Utara (INTURA).
""