Pada 18 Mei 2012 (Khamis) Parol Negeri WP Kuala Lumpur berbesar hati menerima kunjungan YB. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri ke Rumah Perantaraan Kuala Lumpur. Kunjungan YB disambut oleh YBhg. Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, TKPj Haji Darussalam bin Haji Budin, TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, pegawai-pegawai dari KDN, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Parol. Majlis bermula dengan taklimat mengenai Rumah Perantaraan Kuala Lumpur oleh PP Saidun bin Othman, Pengarah Parol Negeri WP Kuala Lumpur. Seterusnya YB melawat tapak kawasan pertanian yang diusahakan oleh penghuni sebagai latihan dalam bidang pertanian. YB juga meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penghuni rumah perantaraan.
""