| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Booth KDN Memenangi Kategori Paling Meriah Sempena Karnival Sains Dan Inovasi SGI 2012 Zon Sabah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekali lagi memberi kepercayaan kepada Jabatan Penjara Malaysia bagi menyelaras  Karnival Sains Dan Inovasi Peringkat Zon Sabah pada 19-20 Mei 2012 yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang, Sabah. Perasmian Karnival pada 19 Mei 2012 telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Seramai 112 agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian sepanjang karnival tersebut.


Karnival ini merupakan Karnival yang kedua daripada enam siri Karnival sepanjang tahun 2012. Pengisian program adalah berasaskan 4 segmen inovasi. Program-program dan aktiviti yang disediakan bertujuan menyemarakkan sains dan inovasi untuk semua lapisan masyarakat
Ibu Pejabat Penjara Sabah telah dilantik sebagai penyelaras keseluruhan bagi agensi KDN di Negeri Sabah semasa mesyuarat penyelarasan bersama KDN yang diadakan pada 3 Mei 2012.


Kementerian Sains Teknologi  dan Inovasi sebagai penganjur  telah memperuntukkan sebanyak 10 buah booth bagi semua agensi di bawah KDN. Antara agensi KDN yang menyertai pameran semasa karnival tersebut adalah:


? Jabatan Penjara Malaysia (Ibu Pejabat Penjara Sabah, Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Tawau, Penjara Sandakan dan Sekolah Henry Gurney Keningau)
? Polis Diraja Malaysia
? Jabatan Pendaftaran Negara
? Bahagian Kawalan Penerbitan Teks dan Al-Quran, KDN
? Pejabat RELA Negeri Sabah
? Agensi Anti Dadah Kebangsaan
? Jabatan Pertahanan Awam
? Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, KDN


Sepanjang karnival itu berlangsung, Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Penjara Wanita mengadakan jualan infokraf di samping mempromosi aktiviti pemulihan yang dijalankan di institusi penjara kepada para pengunjung. Dalam Karnival Sains Dan Inovasi Peringkat Zon Sabah tersebut booth pameran KDN  telah memenangi kategori 'Booth Paling Meriah'. Anggaran pengunjung yang melawat ke booth KDN sepanjang dua hari tersebut adalah seramai 3,000 pengunjung.

 

""