Sabtu 19 Mei 2012, Penjara Wanita Kajang telah mengadakan Program Sambutan Hari Ibu sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia pada 13 Mei lalu. Bertemakan 'Ibu Ratu Hatiku' program ini telah diadakan bertempat di perkarangan Pejabat Pentadbiran Penjara Wanita Kajang dengan penglibatan seramai 24 orang banduanita yang telah terpilih untuk menyertai program kali ini. Program ini bertujuan memberi peluang kepada banduanita serta keluarga untuk berjumpa secara bersemuka dan secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim serta memperteguhkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Antara aktiviti yang diadakan ialah permainan angklong oleh banduanita, melukis dan menghias wajah insan kesayangan oleh banduanita untuk ibunya.
Majlis telah diserikan lagi dengan acara nyanyian dan persembahan daripada penyanyi jemputan, kakitangan, keluarga banduanita dan juga banduanita disamping penyampaian cenderahati oleh banduanita kepada ibu tersayang berupa bingkai gambar lukisan insan tersayang iaitu ibu mereka sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada keluaga yang hadir. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang- pemenang aktiviti melukis dan menghias wajah insan kesayangan.
""