Kajang - 23 Mei 2012, Jabatan Penjara Malaysia telah menerima lawatan Penandaarasan Dan Pengamatan Standard Kompetensi pegawai-pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) . Program Lawatan Penandaarasan Dan Pengamatan Standard Kompetensi ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan terkini Peperiksaan Perkhidmatan di Jabatan Penjara Malaysia agar mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan . Pegawai JPA diketuai oleh En. Abdul Razak bin Anwar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Kawalan Standard Kompetensi. Turut serta dalam program pemantauan tersebut En. Hafiz bin Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Unit Peperiksaan KDN.
Program lawatan dimulai dengan meninjau pelaksanaan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) bagi Gred KX32 dan KX38 ke Gred KX41. Seramai 59 daripada 173 calon menduduki peperiksaan tersebut di Dewan Maktab Penjara Malaysia. Manakala calon-calon lain menduduki peperiksaan tersebut di PULAPEN Taiping di Perak, PULAPEN Timur di Marang , PULAPEN Selatan di Kluang, PULAPEN Sabah di Kota Kinabalu dan PULAPEN Sarawak di Kuching.
Selesai sesi lawatan rombongan diberi taklimat berkaitan perkembangan terkini peperiksaan perkhidmatan di Jabatan Penjara Malaysia. Sukatan peperiksaan juga turut dibentangkan kepada rombongan merangkumi sukatan peperiksaan subjek jabatan bagi Gred KX17, KX27, KX41 serta sukatan peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan bagi Gred KX32 dan KX38 ke Gred KX41. Pihak JPA berpuashati dengan pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan jabatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan berharap hubunganbaik dengan pihak JPA ini berterusan bagi memantapkan program peperiksaan dan pembangunan kompetensi anggota Jabatan Penjara Malaysia.