| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Persidangan 2nd Annual Prisons & Correctional Facilities Asia

Pada 22-24 Mei 2012 berlangsung persidangan 2nd Annual Prisons & Correctional Facilities Asia bertempat di Hotel Prince and Residence, Kuala Lumpur. Persidangan anjuran International Quality & Productivity Centre ( IQPC ) dan Jabatan Penjara Malaysia telah berjaya menarik seramai 70 orang delegasi dari Australia, Canada, Filipina, New Zealand, United Kingdom, Netherlands, Angola, Korea Selatan, Mongolia, Singapore, Brunei Darussalam dan Malaysia.


Perwakilan Malaysia yang diketuai oleh KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood berserta Puan Kamariah bt Mohd Noah, TKPj Abdul Aziz bin Mohamad dan TKPj Mohd Zawawi bin Ab Rahim turut diundang sebagai pembentang kertas kerja dan ahli panel dalam persidangan tersebut.


Pada hari terakhir persidangan para delegasi telah dibawa melawat ke Penjara Sungai Udang, Melaka. Lawatan ini juga disertai oleh KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan dan Inteligen dan TKPj Nordin bin Hj. Muhamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme diiringi oleh PKK Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, PP Mohd. Rothman bin Bujang, Komandan Institut Koreksional Malaysia dan pegawai-pegawai kanan Penjara Sungai Udang.

 

""