25 Mei 2012, satu Majlis Menandatangani Nota Persetujuan Pelaksanaan Perkhidmatan Dobi di Kem-Kem PLKN antara Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan di Wisma Pertahanan, Padang Tembak, Kuala Lumpur pada pagi ini.
Upacara menandatangani MOU tersebut di antara YBhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dengan YBhg. Dato' Haji Abdul Hadi bin Awang Kechil, Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara turut disaksikan oleh YBhg. Dato' Sri. Haji Ismail bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. MOU ini bertujuan menyelaraskan pengurusan penghantaran, penerimaan, pembayaran dan pengurusan aduan bagi perkhidmatan dobi.
Projek kerjasama pintar Strategi Lautan Biru membolehkan kedua pihak mendapat manfaat dan pulangan hasil yang maksima kepada pihak kerajaan. Selain dapat mengurangkan kos yang ditanggung oleh kerajaan dalam pengurusan perkhidmatan pendobian di Kem-kem PLKN, projek ini akan memaksimakan penggunaan mesin pendobian yang terdapat di Institusi Penjara disamping memberi peluang pekerjaan kepada banduan di penjara berkenaan. Sebanyak 20 institusi penjara dan 28 Kem PLKN yang akan dipilih bagi melaksanakan projek pendobian ini adalah yang berdekatan dengan institusi penjara (100 km pergi dan balik).
""