Isnin 5 Mac 2012, Jabatan Penjara Malaysia telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Di Bawah Parlimen Sembrong Tahun 2012. Kg Contoh KM 32 Kahang telah dipilih oleh KDN untuk permulaan program.
Program yang melibatkan 3 agensi KDN iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Ikatan Relawan Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia merupakan suatu pendekatan untuk merapatkan hubungan antara orang awam dan agensi kerajaan. Seramai 70 orang telah terlibat dalam kerja gotong-royong ini termasuklah penduduk kampung dan 10 orang penghuni pra bebas.
Program yang bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang ini mendapat pujian dari penduduk kampung. TPP Mahadzair Bin Che Daud mewakili Pengarah Penjara Kluang telah memberi ucapan dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.
""