| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Deligasi Direktorat Jenderal Pemasyarakatan Indonesia Ke Jabatan Penjara Malaysia

Jabatan Penjara Malaysia telah menerima kunjungan deligasi Direktorat Jenderal Pemasyarakatan Indonesia pada 28 Februari hingga 2 Mac 2012 bertempat di Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Delegasi Indonesia diketuai oleh YBhg. Bapak Sihabudin  selaku Direktur Jenderal Pemasyarakatan (Ketua Pengarah Penjara) dan diiringi Rachmat Prio Sutardjo Direktur Bina Narapidana dan Pelayanan Tahanan ( Pengarah Bahagian Pemulihan dan Layanan) dan Sigit Budiyanto Kepala Seksi Kerjasama Luar Negeri (Ketua Seksyen Antarabangsa).


Lawatan kerja  serta sesi taklimat telah diadakan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia Bukit Wira sebelum deligasi dibawa melawat ke Penjara Wanita Kajang sebelum dibawa ke Rumah Pengantaraan, Jalan Duta Kuala Lumpur. Pada hari berikutnya deligasi dibawa ke Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi dengan diiringi oleh Pengarah Keselamatan dan Intelligen KPj Tuan Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood.

 

""