Pada 10 March, 2012 Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato' Hajah Junaini Kassim, isteri Menteri Besar Pahang beserta rombongan Pandu Puteri Negeri Pahang telah membuat lawatan ke Penjara Bentong , Pahang. Lawatan ini adalah bersempena dengan Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang yang di adakan di Dewan Serbaguna , Penjara Bentong, Pahang. Ketibaan rombongan telah disambut oleh TKPj Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong dan Isteri serta pengurusan tertinggi Ibu Pejabat Pejabat Penjara Malaysia. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia.
Y.A.Bhg Datin Sri dan rombongan pasukan Pandu Puteri Negeri Pahang telah di bawa melawat dan meninjau sendiri aktiviti-aktiviti membuat tenunan songket, tenunan Pahang Diraja, pembuatan batik serta produk-produk pastri yang dihasilkan oleh penghuni penjara. Rombongan Pandu Puteri Negeri Pahang ini turut berpeluang membeli barangan hasil Penjara Bentong, Pahang.
""