Pada 14 mac 2012 bersamaan 21 Rabiulakhir 1433 Hijrah- Penjara Wanita Kajang telah menerima kunjungan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Soraya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah. Ketibaan YTM Tunku Soraya disambut oleh KPj Jamaluddin Bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, PKP Raha Binti Jawahir Pengarah Penjara Wanita Kajang, wakil-wakil IPPM dan pegawai-pegawai kanan. Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai Penjara Wanita Kajang dan pelaksanaan Program Pemulihan kepada penghuni disamping uji rasa produk sejuk beku dan bakeri keluaran Penjara Wanita Kajang.
Melengkapkan kunjungan tersebut, YTM Tunku Soraya telah dibawa melawat ke ruang pameran yang mempamerkan produk-produk keluaran Jabatan Penjara Malaysia seperti hasil batik dan kain tenun Diraja. Seterusnya, YTM Tunku Soraya juga dibawa melawat ke Bengkel SPA dan Saloon, Taska serta Bengkel Batik yang mempamerkan produk-produk batik Kasih keluaran Penjara Wanita Kajang. YTM Soraya juga berkesempatan bertemu dengan Banduan Akhir di Blok Penempatan Banduan dan berkenaan membeli hasil produk-produk Jabatan Penjara Malaysia diantaranya kain tenun Diraja, kain batik Kasih dan makanan sejuk beku.
Sebelum keberangkatan pulang YTM Tunku Soraya dijamu jamuan makan tengahari di perkarangan Pejabat Pentadbiran Penjara Wanita Kajang. Lawatan berakhir pada jam 2.30 petang setelah YTM Tunku Soraya berangkat meninggalkan majlis.
""