15 Mac 2012, Penjara Sungai Buloh telah mengadakan satu Kempen Keselamatan Buah pinggang bersempena dengan Hari Buah Pinggang Sedunia yang diadakan Di Dewan Perindu Penjara Sungai buloh.
Kempen ini telah mendapat kerjasama dengan Unit Nephrology Hospital Sungai Buloh. Satu ceramah berkaitan buah pinggang telah disampaikan oleh Pakar Nephorology, Dr Rafidah Bt Abdullah.
Perasmian kempen telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh, PKP Mohamad Rosidek Bin Musa.Selesai ceramah, kakitangan Unit Nephorology membuka kaunter untuk saringan buah pinggang untuk mana-mana kakitangan yang ingin mengetahui tentang tahap kesihatan buah pinggang masing-masing.
""