| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Kakitangan Jabatan Penjara Malaysia, Sabah Ke Lembaga Pemasyarakatan Klas Iia Tarakan, Kaltim Indonesia.

Pada 12 - 15 Mac, 2012 Pengarah Penjara Sabah PKK Tuan Suria Bin H. Idris beserta rombongan daripada Penjara Sabah yang terdiri daripada Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu PKP Puan Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Sandakan PKP Tuan Faridon bin Md Saad, TPP Penjara Tawau Tuan Ahmad Supian Bin Jaafar dan kakitangan Penjara Tawau telah membuat lawatan sambil belajar ke Lembaga Pemasyarakatan Klas IIA (LAPAS) Tarakan, Kaltim Indonesia.

 

Rombongan yang terdiri daripada 20 orang kakitangan ini menaiki feri TWU-INDO melalui pelabuhan Tawau selama 5 jam perjalanan dengan diiringi oleh dua orang kakitangan daripada Konsulat Indonesia, Tawau sepanjang lawatan. Objektif lawatan ini adalah untuk melihat pelaksanaan hukuman dan aktiviti pemulihan yang diaplikasikan di LAPAS Tarakan, Indonesia. Ketibaan rombongan di Pelabuhan  Malundung, Tarakan telah disambut oleh Walikota Tarakan Bp Hj. Udin Hiangayo dan kakitangan beserta Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan LAPAS Tarakan, turut sama menyambut rombongan adalah ASP Uzaini Ashadi B. Hj. Kamarudin, Pegawai Perhubungan Polis DiRaja Malaysia (MPLO) bagi Profensi Kalimantan Timur.

 

Pertemuan dan sesi taklimat di antara LAPAS Tarakan dan Jabatan Penjara Sabah dengan disaksikan oleh Walikota telah dilaksanakan di Ruang Imbaya Kantor Walikota Tarakan.  Pengarah Penjara Sabah dan rombongan telah di bawa melawat ke Lembaga Pemasyarakatan Tarakan yang terletak di Jl. Lembaga Pemasyarakatan ? Karang Balik, Tarakan. Rombongan juga telah berpeluang makan tengahari bersama Gabenur Kalimantan Timur Bp. Awang Farok Ishah bersama Walikota dan Kakitangan LAPAS, Tarakan di Restoran Bagi Alam Tarakan, manakala makan malamnya  pula diadakan di Restoran Royal Crown ,Tarakan .



Sepanjang lawatan rombongan telah di bawa melawat ke beberapa tempat di Tarakan antaranya, Pameran Ulang Tahun PKK ke 40 bertempat di Indor Telaga Keramat, Hutan Mangrove (Bakau) di Jl. Gajah Mada dan Ramayana (Gedung Beli Belah), Jl. Gajah Mada Guser Plaza.

 

""