| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Larian Kesihatan Maksak Anjuran Lembaga Air Kuching, Kuching Sarawak

Sabtu, 24 Mac 2012, satu Larian Kesihatan MAKSAK anjuran Lembaga Air Kuching, Sarawak telah diadakan di Loji Rawatan Air Batu Kitang. Larian tersebut telah disertai seramai 1200 orang yang melibatkan pegawai dan kakitangan daripada agensi/jabatan Kerajaan Negeri Sarawak dan Persekutuan. Jabatan Penjara Negeri Sarawak telah menghantar seramai 70 pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah merasmikan dan melepaskan para peserta Larian Kesihatan MAKSAK bagi bulan Mac 2012.

 

""