23 Mac 2012, Seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ke Penjara Alor Setar bersempena dengan Program Turun Padang Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri bagi merasmikan Program "Reaching Out To A Brighter Future" anjuran Persatuan Pandu Puteri Negeri Kedah di Penjara Alor Setar. Beberapa program telah disusun di antaranya ialah Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri telah merasmikan Bengkel Pastri dan Makanan Sejuk Beku Penjara Wanita Alor Setar dan kemudiannya telah sudi beramah mesra dengan 15 keluarga penghuni yang hadir sebelum menamatkan sesi lawatan di Penjara Wanita Penjara Alor Setar.dengan melawat produk fabrik Tenun Pahang DiRaja, songket dan batik keluaran Jabatan Penjara Malaysia. Majlis jamuan petang bersama Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri telah diadakan di perkarangan Rumah Rehat Penjara Alor Setar dan turut dipersembahkan dengan peragaan fesyen fabrik keluaran Jabatan Penjara Malaysia. Kunjungan tersebut amat bermakna kepada Jabatan yang telah sudi meluangkan masa untuk mengenali dengan lebih dekat tentang peranan serta fungsi Jabatan Penjara Malaysia.
""