Pada 31 Mac 2012, Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka telah mengadakan Program Intervensi Gotong-Royong bersama penduduk Kampung Bukit Senggeh, Jasin, Melaka. Gotong Royong ini merupakan Program Intervensi bersama Komuniti Setempat yang dianjurkan bersama dengan JKKK Masjid Al-Firdaus, Bukit Senggeh, Jasin, Melaka.
Aktiviti gotong royong bermula jam 8.00 pagi di mana seramai kira-kira 100 orang termasuk 12 kakitangan Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri dan Daerah Melaka Tengah, 10 ODP dan 2 Residen. Aktiviti gotong royong bukan setakat di tanah wakaf tapak perkuburan sahaja sebaliknya melibatkan di Masjid Al- Firdaus dan persekitaran luar masjid, Bukit Senggeh, Jasin, Melaka. Turut hadir pada program tersebut ialah Puan Zalina Binti Mohd Yunus Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka, En Ariffin bin Yusuf Pengerusi Masjid Al- Firdaus, JKK Kampung, Pegawai- pegawai Adat dan Pegawai serta kakitangan Majlis Perbandaran Jasin.
Penutupan Program tersebut telah dilaksanakan oleh YB. Datuk A. Perumal A/L Raju ADUN Asahan merangkap Pengerusi Jawantankuasa Negeri dan Pembangunan Desa Dan Pertanian. Dalam ucapannya, YB Datuk A. Perumal menyokong penuh usaha Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka melibatkan ODP dan Residen dalam aktiviti-aktiviti seperti ini sebagai program mengembalikan mereka semula dalam kelompok masyarakat. Gotong Royong ini berlangsung selama kira-kira 3 jam dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
""