Program Jalinan kasih Sempena Hari Ibu dan Bapa Peringkat Penjara Marang telah diadakan pada 20 Jun 2012. Program tersebut melibatkan seramai 50 penghuni yang dikunjungi oleh keluarga masing-masing. Persembahan sajak serta dikir barat oleh penghuni turut memeriahkan lagi acara sambutan program tersebut. Ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin bin Umar, Pegawai Agama Khas Menteri Besar Terengganu mengundang kesyahduan dan menyeru agar meningkatkan ikatan kasih sayang serta tanggungjawab sebagai anak, ibu serta bapa di9 dalam sesebuah keluarga. Majlis turut dihadiri oleh PKP Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Marang yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua ibu bapa yang hadir menyertai program tersebut.
""