23 Jun 2012 (Sabtu ) Majlis Perasmian Inforaf Kebangsaan Jabatan Penjara Malaysia telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Datuk Seri Diraja Tunku Soraya Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Muad`Zam Shah. Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku disambut oleh Pengarah Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia KPj Jamaludin Bin Saad bersama Ketua Seksyen Vokasional dan Industri TKPj Dato' Mohd Sakeri Bin Hj Dollah dan PKK Zawari Bin Abdul Rashid, Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Infokraf Jabatan Penjara Malaysia pada tahun ini. Majlis ini turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat, Ketua-ketua / Wakil-wakil Jabatan Kerajaan, Pengarah-pengarah / Wakil-wakil Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Zon Utara, Badan-Badan Bukan kerajaan (NGOs). Dalam ucapan YTM Tengku telah memberi sokongan kepada latihan dan pemulihan diri penghuni, pelaksanaan program jualan Infokraf Jabatan Penjara merupakan satu langkah ke arah menjadikan industri kraftangan berkembang di pasaran dalam dan luar negara. Ia juga memberi peluang kepada penghuni untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi menceburi bidang keusahawanan apabila dibebaskan kelak.Program Infokraf Peringkat Kebangsaan diadakan di Ruang Legar City Plaza Alor Setar, Kedah bermula pada 22 hb Jun sehingga 30 Jun 2012.
""