24 Jun 2012, Penjara Simpang Renggam, Johor telah menganjurkan Jamboree Basikal sejauh 49 km di Ladang Kelapa Sawit Sime Darby Plantation Simpang Rengam, Johor dengan tema "Kayuhan Amalan Hidup Sihat" . Pengarah Penjara Simpang Rengam, Johor TKPj Ab Basir bin Mohamed telah membuat pelepasan para peserta tepat jam 8.30 pagi.
Seramai lebih 400 peserta telah menyertai Jamboree Basikal yang julung kali diadakan peringkat Jabatan Penjara Malaysia. Penyertaan terdiri tersebut 100 orang kakitangan Jabatan Penjara dari 10 institusi Penjara, 6 orang Penjara Singapore, seorang dari Jerman 4 orang dari Australia dan selebihnya dari Kelab-kelab Basikal seluruh Negeri Johor dan Melaka.
Jamboree Basikal ini turut mendapat kerjasama daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Para peserta melahirkan rasa gembira dengan penganjuran ini dan berharap dapat dijadikan acara tahunan.
""