| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Operasi Nyah Cemar Di Penjara Puncak Borneo

Pada 23.04.2020 (Khamis) jam 10.00 pagi, Penjara Puncak Borneo telah mengadakan operasi nyah cemar atau sanitasi dalam usaha membersihkan Penjara Puncak Borneo daripada wabak Covid 19. Proses nyah cemar telah dijalankan oleh anggota Balai Bomba Siburan yang diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Sulaiman Bin Ahmat dan (8) orang anggota lain serta warga Penjara Puncak Borneo di sel penempatan luar dan dalam penghuni serta kawasan-kawasan utama. Turut bersama dalam menjalankan Operasi Nyah Cemar ini adalah PP Mohd Hidayat Bin Ismail.

Majlis penyerahan cenderahati kepada wakil Balai Bomba Siburan telah disempurnakan oleh PKP Hamdan Salleh Bin Majin. Turut bersama PP Supian Bin Kamarudien dan PP Mohd Hidayat Bin Ismail.