Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah menerima kunjungan seramai 14 orang kakitangan daripada Penjara Simpang Renggam Johor pada 11 Julai 2012. Lawatan tersebut merupakan program latihan dalam perkhidmatan yang bertujuan memberi pendedahan dan bertukar-tukar maklumat dalam aspek pengurusan keselamatan dan pemulihan.
""