Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Latihan Kemahiran Menembak Siri 3 & 4 Tahun 2012 untuk anggota Penjara Seberang Perai bertempat di Lapang Sasar Batalion 2, PGA Kulim, Kedah pada 18 dan 19 Julai 2012. Latihan tersebut telah disertai oleh 13 pegawai kanan, 33 angota lelaki dan 14 anggota wanita. Penguasa Penjara Amer @ Amir bin Hj Haron, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai meluangkan masa memantau aktiviti sepanjang latihan menembak dijalankan dan turut bersama-sama menjalani latihan kemahiran menembak.
""